Kursus Keselamatan Laman Web Joomla!

Salaam, memanjangkan jemputan penganjur Kursus Keselamatan Laman Web Joomla!
http://www.altfa.com.my/v2/?view=event&id=15

13 & 14 Disember 2011 | Room 1, Altfa Training Centre

Mengenai Kursus Ini
Joomla merupakan salah satu CMS terpopular ketika ini. Dengan ciri yang mudah untuk digunakan oleh pelbagai tahap pengguna, ia menjadi pilihan kebanyakan pembangun laman. Namun aspek keselamatan sering diabaikan oleh kebanyakan pembangun laman web.

Justeru, kursus ini diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah keselamatan pada laman web Joomla. Bagi kursus ini, server yang akan digunakan ialah Linux Centos 6, dan sudah tentu, para peserta perlu mempunyai asas penggunaan Joomla.

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Kursus Ini?
1. Pengajaran berbahasa Melayu.
2. Keselamatan laman anda tidak ternilai harganya. Hargainya.
3. Ketahui bagaimana laman web boleh diserang.
4. Ketahui apa yang Joomla anda mampu lakukan untuk keselamatan.
5. Pengajaran hands-on langkah demi langkah untuk dipraktikkan.
6. Trainer berpengalaman dalam isu keselamatan Joomla.
7. Pengenalan extension Joomla yang diperlukan untuk keselamatan laman.
8. Mengembalikan laman Joomla yang telah diserang.
9. Menggunakan konsep 30% teori-70% praktikal.
10. Manual khas untuk para peserta.

Klik link di bawah untuk mendapatkan keterangan lanjut kursus…

Popular Posts