Android Apps oleh KERUL.NET

 

1. m-MATHURAT ( http://m-mathurat.com )

clip_image002

 

Boleh muat turun secara percuma di sini (untuk Android) http://bit.ly/m-mathurat

m-Mathurat adalah applikasi mobil untuk himpunan doa al-Ma’thurat. Mengandungi koleksi doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. , susunan Imam Hassan Al-Bana. Aplikasi ini menyediakan doa-doa dan ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Melayu, beserta audio bacaan.

Fungsian

  • App ini mengandungi doa al-Ma'thurat ringkas (Wazifah Sughro).
  • Boleh swipe untuk pindah skrin.
  • Apabila applikasi dibuka waktu pagi, doa versi pagi akan dipaparkan. Begitu juga apabila petang, hanya doa versi petang dipaparkan.
  • m-Mathurat sesuai digunakan pada tablet 7/10 inci.
  • Kongsikan m-Mathurat di FB/ Twitter/ LinkedIn/ Google+, dll
  • Mainkan berterusan secara automatik.
  • Pindahkan ke SDCARD.

Versi iPhone: Sedang dalam usahasama membangunkan bersama MadCat World Sdn. Bhd. , jangkaan sebelum Mac akan boleh diperolehi dari Apple App Store.

Statistik pengguna

Muat turun sebanyak 150,000+ . Alhamdulillah, setakat ini m-Mathurat adalah applikasi al-Mathurat yang paling popular di Google Play. Dengan 816 undian memilih 4 atau 5 bintang, daripada 839 undian . Sudah berada dalam Google Play selama setahun, sekarang dalam versi 2.8.

Pembangun

(Dibangunkan oleh pensyarah dan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan sokongan MDEC)

Bacaan ayat al-Quran dan Doa oleh

· Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Pembangun aplikasi

  • Khirulnizam Abd Rahman
  • Che Wan Shamsul Bahri
  • Muhammad Faiz
  • Muhammad Khusairi

 

2. PERIBAHASA SCANNER ( http://khirulnizam.com )

clip_image004

 

Boleh muat turun secara percuma di sini (untuk Android) http://bit.ly/pbahasa

Fungsian

  • Kamus peribahasa yang mampu untuk mengesan peribahasa Melayu daripada teks input. Juga mampu mencadangkan peribahasa yang sesuai daripada kata kunci dibekalkan pengguna.
  • Fungsi kamus peribahasa, input adalah peribahasa yang ingin anda ketahui maknanya.
  • Kesan peribahasa - mengesan peribahasa yang terdapat dalam ayat, input adalah ayat / perenggan yang mengandungi peribahasa.
  • Cadang peribahasa - mencadangkan peribahasa yang sesuai berdasarkan kata kunci.

Statistik pengguna

Muat turun sebanyak 5,000+ ., mengandungi 4,000+ entri peribahasa. Akan datang akan disediakan makna dalam bahasa Inggeris.

Pembangun

(Dibangunkan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, dengan sokongan MDEC)

Pembangun aplikasi

  • Khirulnizam Abd Rahman
  • Prof Madya Dr. Norita Md Norwawi (penasihat)

 

Latar belakang KHIRULNIZAM ABD RAHMAN

Pensyarah Sains Komputer di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sejak 2000. Berjinak-jinak dengan pengaturcaraan Android semenjak 2010 melalui program ICONapps yang dianjurkan oleh MDEC. Terdapat beberapa applikasi di Google Play seperti m-Mathurat, Peribahasa Scanner, Thinker dan SimpleNumbers Flashcard. Beliau juga mengelolakan latihan Android. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari http://blog.kerul.net .

Popular Posts