Pada Khamis, 11 Ogos 2011 yang lepas, mDictionary diberi penghargaan untuk muncul dalam rancangan 1000 Cipta terbitan tvi, RTM (Astro 180). Program 1000 Cipta merupakan rancangan berbentuk majalah yang memaparkan perekacipta dan rekaan tempatan. Ariel di Taman Ilmu, KUIS Untuk slot perekacipta di IPTA/S, 1000 Cipta telah memilih KUIS sebagai salah satu lokasi. Kami telah memutuskan mDictionary untuk diketengahkan sebagai hasil usahasama pensyarah dan pelajar FSTM, KUIS.
{codes} by blog.kerul.net