Skip to main content

Pemasangan Joomla! 1.7 pada pelayan web komputer anda

Latihan ini akan memasang sistem pengurusan kandungan laman web ke dalam pelayan web yang anda telah pasang sebelum ini.

panduan_joomla_1_7

LANGKAH 1: Aktifkan Pelayan Web dan Pangkalan Data

Aktifkan XAMPP Control Panel, melalui “Start->All Programs->ApacheFriends->XAMPP Control Panel”.

kesan XAMPP COntrol Panel Rajah 2.1

Pastikan pelayan web Apache dan pelayan pangkalan data MySQL diaktifkan dengan klik butang START.

aktifkan pelayan web dan MySQL -> pastikan pelayan web dan MySQL aktif Rajah 2.2

LANGKAH 2: Sediakan folder untuk skrip sistem Joomla! dalam HTDOCS

Kesan folder HTDOCS dengan menekan butang Explore dalam XAMPP Control Panel.

klik butang Explore pada XAMPP Control Panel Rajah 2.3

Sila sediakan satu folder JOOMLA di dalam HTDOCS.

kesan folder JOOMLA dalam HTDOCS Rajah 2.4

LANGKAH 3: Muat turun Joomla! 1.7

Lawati http://joomla.org/download.html.

kesan link muat turun Joomla 1.7 Rajah 2.5image Rajah 2.6

Sila klik kanan pada pautan “English (UK) 1.7.0 Full Package  ZIP”. Jika anda menggunakan pelayar Chrome, pilih “Save link as…” (jika menggunakan Internet Explorer sila pilih Save target as…).

Kemudian kesan lokasi folder yang telah anda buat dalam Langkah 2.

simpan fail zip Joomla 1.7 Rajah 2.7

Tunggu sehingga selesai muat turun.

LANGKAH 4: Ekstrak fail zip yang telah dimuat-turun.

Sila pastikan komputer anda mempunyai pengekstrak fail zip (contoh WinRAR).

Buka folder JOOMLA yang berada dalam HTDOCS (C://xampp174/HTDOCS). Anda akan dapati fail zip yang telah dimuat-turun. Ekstrak fail tersebut menggunakan pengekstrak kegemaran anda (dalam contoh ini kami menggunakan WinRAR). Berikut merupakan senarai fail yang akan anda perolehi selepas proses ekstrak.

ekstrak fail zip Joomla 1.7 Rajah 2.8

LANGKAH 5: Memulakan installasi Joomla! 1.7.

Taipkan alamat berikut pada pelayar web anda;

http://localhost/joomla/ (joomla merujuk kepada folder anda dalam HTDOCS). Pilih English untuk medium perantara (versi Bahasa Melayu masih belum dibekalkan lagi). Dan klik butang NEXT (Rajah 2.9).

pasang Joomla! 1.7 - pilih bahasa Rajah 2.9

Semakan sebelum pemasangan (pre-installation check) dilakukan untuk memastikan semua keperluan web pelayan dan versi PHP serasi dengan Joomla! 1.7. Sekiranya ada yang tidak serasi (contoh pustaka PHP atau versi MySQL yang lama), anda akan dapati ada tulisan merah (NO). Sekiranya ada isu sedemikian pada senarai keperluan berikut, anda mungkin menghadapi masalah. Tekan NEXT (dalam Rajah 2.10) jika tiada masalah.

  • PHP Version >-5.2.4 – merujuk kepada versi PHP yang diperlukan adalah lebih atau sama dengan versi 5.2.4.
  • MySQL Support – Pelayan mempunyai pustaka yang menyokong penggunaan MySQL.
  • configuration.php Writable – fail configuration.php boleh diubah oleh installer. Fail ini terdapat di HTDOCS/JOOMLA/. Jika dalam persekitan LINUX, UNIX sila set kepada mod 755 (file permission). Dalam persekitaran Windows, sila set kepada boleh tulis (writable).

pasang Joomla! 1.7 - skrin keperluan PHP Rajah 2.10

Skrin pada Rajah 2.11 merupakan keterangan lesen Sumber Terbuka (Open Source). Baca sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang lesen tersebut, kemudian tekan NEXT.

pasang Joomla! 1.7 - skrin lesen sumber terbuka Rajah 2.11

Masukkan maklumat berikut dalam skrin Rajah 2.12;

  • Host Name = localhost (merujuk kepada alamat pangkalan data MySQL anda, sekiranya anda menggunakan pelaya pangkalan data pada komputer yang lain, sila masukkan alamat IP).
  • Username = root (merujuk kepada nama pengguna pangkalan data anda, dalam XAMPP tetapan biasa adalah root bagi nama pengguna MySQL)
  • Password = “” (biar kosong, ini adalah tetapan XAMPP. Perbuatan sedimikian adalah amat berbahaya dalam persekitaran web sebenar).
  • Database Name = j17 (Nama pangkalan data, sebagai contoh “j17”– sila pastikan nama pangkalan data dalam satu perkataan, elakkan ruang, elakkan aksara khas, boleh gunakan underscore “_”).
  • Table Prefix – pilihan (optional). Keperluan ini penting sekiranya anda memasang sistem web yang berbeza dalam satu pangkalan data. Sebagai contoh, anda merancang untuk memasang Wordpress dan menggunakan pangakaln data yang sama, j17.

Seterusnya tekan NEXT selepas semua maklumat dibekalkan.

pasang Joomla! 1.7 - skrin tetapan pangkalan dataRajah 2.12

Skrin ini diperlukan untuk mengintegrasi akaun FTP anda dengan Joomla! . Sekiranya pelayan web anda mempunyai perkhidmatan FTP, sila bekalkan maklumat berkaitan. Sekiranya tidak perlu, tekan NEXT pada Rajah 2.13.

pasang Joomla! 1.7 - skrin tetapan FTPRajah 2.13

Rajah 2.14 merupakan Tetapan Utam laman web anda. Sila bekalkan maklumat berikut;

  • Site Name – merupakan nama laman web anda yang akan tertera pada web banner.
  • Your Email – emel anda sebagai penyelenggara laman web (web administrator) utama.
  • Admin Username – yang biasa, telah ditetapkan kepada admin. Sila ubah sekiranya anda suka, pastikan anda ingat pilihan anda.
  • Admin Password – pastikan pilih kata laluan yang kuat, gabungan aksara huruf, nombor dan aksara khas.
  • Confirm Admin Password – masukkan sekali lagi kata laluan admin. SIla pastikan anda ingat maklumat ini.

Klik NEXT setelah lengkap maklumat dimasukkan.

pasang Joomla! 1.7 - skrin tetapan utama laman webRajah 2.14

Tekan butang “Remove installation Folder” pada Rajah 2.15. Butang ini akan memadam folder HTDOCS/JOOMLA/INSTALLATION. Proses ini dilakukan untuk mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pemasanga semula (re-installation) kepada laman web kita.

pasang Joomla! 1.7 - skrin padam folder INSTALLATION Rajah 2.15

Proses pemasangan Joomla! ke dalam localhost selesai.

LANGKAH 6: Sila layari laman web anda di http://localhost/joomla/ .

pasang Joomla! 1.7 - laman web awalRajah 2.16

Memang pada peringkat awal ini, laman web anda kelihatan kosong. Anda perlu memasukkan artikel, membuat menu, memasang komponen tambahan, menukar tetapan templet, dan sebagainya untuk menyempurnakan laman web anda. Aktiviti tersebut akan kita lakukan dalam tutorial-tutorial yang akan datang.

 

<< Tutorial1: Keperluan untuk pemasangan Joomla! 1.7 pada komputer anda

Isi kandungan Panduan Joomla! 1.7

Tutorial 03: Penulisan artikel baru>>

Comments

  1. Yang ini pun dah berjaya buat , thanks bro .

    ReplyDelete
  2. No problem bro, glad to help....

    ReplyDelete
  3. sy dh try download joomla 1.7 ikut link yg en.kerul bg..tp lps save n nk unzip kuar error unexpected end of archive.. knape ye?

    ReplyDelete
  4. Kemungkinan besar zip file tu tak download properly. Cuba download sekali lg... Tq

    ReplyDelete
  5. time nk create database kuar error camner nk settle?by hana.

    "An error occurred while trying to create the database j7.
    The user may not have enough privileges to create a database. The required database may need to be created separately before you can install Joomla!."

    ReplyDelete
  6. Dear Hana, mungkin u punyer database username tak available dlm mysql setting. Kalu guna server sebenar n sewa hosting username mungkin bukan root.

    ReplyDelete
  7. selepas selesai semua installation tak dapat masuk ke page admin..dia kembali dekat installation balik..knapa ye?

    ReplyDelete
  8. selepas selesai installation,saya nak pergi ke joomla admin,die kembali balik pada installation tadi..knapa ye?

    ReplyDelete
  9. Dalam folder Joomla, ader subfolder namanyer "Installation" selepas selesai install, kena padam folder ini (Installation)

    Sorry, lmbt reply...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tumpang saya sudah selesai install xampp dan joomla,tp bila run dia keluar error "Strict Standards: Accessing static property JCache::$_handler as non static in C:\xampp\htdocs\abim\libraries\joomla\cache\cache.php on line 422",saya guna joomla 1.7 dan xampp 1.7.7

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Dear Faizal, saya rasa perkara ni dah dibincang dan penyelesaian ada pada Tutorial 1, http://blog.kerul.net/2011/07/keperluan-untuk-pemasangan-joomla-17.html

    ReplyDelete
  13. untuk keselamatan , folder installation dihapuskan.. just click remove pd step terakhir

    ReplyDelete
  14. hai..sy nk tanyer,knp ye sy tekan next selepas pilih bahasa, tp xkuar pape result pun, still kt page language..button next tu xberfungsi..

    ReplyDelete
  15. done! hehe.. excited nk wat website pkai joomla.. tq

    ReplyDelete
  16. done! excited nk wat website gne joomla.. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Several English proverbs and the Malay pair

Or you could download here for the Malay proverbs app – https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kerul.peribahasa English proverbs and the Malay pair Corpus Reference: Amir Muslim, 2009. Peribahasa dan ungkapan Inggeris-Melayu. DBP, Kuala Lumpur http://books.google.com.my/books/about/Peribahasa_dan_ungkapan_Inggeris_Melayu.html?id=bgwwQwAACAAJ CTRL+F to search Proverbs in English Definition in English Similar Malay Proverbs Definition in Malay 1 Where there is a country, there are people. A country must have people. Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya. 2 Dry bread at home is better than roast meat home's the best hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. 3 There's no accounting for tastes We can't assume that every people have a same feel Kepala sama hitam hati lain-lain. Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabia

Submit your blog address here

Create your own blog and send the address by submitting the comment of this article. Make sure to provide your full name, matrix and URL address of your blog. Refer to the picture below. Manual on developing a blog using blogger.com and AdSense, download here … Download Windows Live Writer (a superb offline blog post editor)

Applications of Web 2.0

Web 2.0 describes the changing trends in the use of World Wide Web technology and web design that aim to enhance creativity , secure information sharing, collaboration and functionality of the web. Web 2.0 concepts have led to the development and evolution of web-based communities and hosted services , such as social-networking sites , video sharing sites , wikis , blogs . Find a website or web application that conform to the criteria of Web 2.0. Put the name of the application and the URL in the comment below. Please provide your full name and matrix number. Make sure the application you choose is not already chosen by your friend in the previous comment.

Bootstrap Template for PHP database system - MyCompanyHR

HTML without framework is dull. Doing hard-coded CSS and JS are quite difficult with no promising result on cross platform compatibility. So I decided to explore BootStrap as they said it is the most popular web framework. What is BootStrap? - Bootstrap is the most popular HTML, CSS, and JavaScript framework for developing responsive, mobile-first web sites. (  http://www.w3schools.com/bootstrap/   ) Available here -  http://getbootstrap.com/ Why you need Flat-UI? Seems like a beautiful theme to make my site look professional. Anyway you could get variety of BootStrap theme out there, feel free to select here  http://bootstraphero.com/the-big-badass-list-of-twitter-bootstrap-resources/ Flat-UI is from DesignModo -   http://designmodo.com/flat/ Web Programming MyCompanyHR – PHP & MySQL mini project (with Boostrap HTML framework) Template 1: Template for the Lab Exercise. This is a project sample of a staff record management system. It has the PHP structured co

List of Malay stop words

Malay Stop Word List ada inikah sampai adakah inilah sana adakan itu sangat adalah itukah sangatlah adanya itulah saya adapun jadi se agak jangan seandainya agar janganlah sebab akan jika sebagai aku jikalau sebagaimana akulah jua sebanyak akupun juapun sebelum al juga sebelummu alangkah kalau sebelumnya allah kami sebenarnya amat kamikah secara antara kamipun sedang antaramu kamu sedangkan antaranya kamukah sedikit apa kamupun sedikitpun apa-apa katakan segala apabila ke sehingga apakah kecuali sejak apapun kelak sekalian atas kembali