Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tutorial melayu

Pemasangan Joomla! 1.7 pada pelayan web sebenar

Dalam tutorial kali ini, anda akan dipandu untuk memasang Joomla! pada pelayan web sebenar anda, yang berada di Internet (bukan pada komputer anda). Kaedah pemasangan kali ini akan dipermudahkan dengan menggunakan Softaculous – iaitu perisian pemasangan automatik CMS kepada pelayan web anda. Sebelum itu anda perlu untuk mempunyai pelayan web yang boleh dicapai melalui Internet. Cara paling murah untuk mendapatkan perkhidmatan ini adalah dengan menyewa nama domain dan juga ruang storan. LANGKAH 1: Mendapatkan nama domain dan ruang simpanan. Langkah ini adalah paling kritikal dalam usaha anda untuk mempunyai laman web sendiri yang boleh dicapai oleh bakal klien anda dari seluruh dunia. Pemilihan nama domain ( domain name ) mestilah mempunyai kaitan dengan nama perniagaan atau sekurang-kurangnya ada kaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda berniaga import dan eksport kerepek bawang, maka nama domain yang paling baik adalah kerepekbawang.com . Namun sekiranya anda bercadang un...

Penukaran templet

Tutorial kali ini membincangkan bagaimana untuk menukar templet Joomla!. Templet (template) adalah satu fungsi kawalan yang menyeragamkan rupa bentuk laman web tersebut. Melalui templet, laman web anda akan mempunyai keseragaman rupa menu, menu item, fon dan saiz teks, warna tema, kelakuan skrin, butang, kotak teks, dan lain-lain. Sebagai contoh, perhatikan laman web dalam Rajah 6.1. Kedua-dua muka surat berbeza mempunyai rupabentuk banner, menu, tajuk artikel, footer yang sama dan warna tema yang sama. Kelakuan demikian penting dalam desain laman web supaya hadir elemen konsistensi. Kita tidak mahu rupabentuk yang berlainan bagi setiap muka bagi satu laman web bagi mengelakkan kekeliruan. Dikhuatiri pengguna menyangka mereka pergi ke laman web yang lain. Konsistensi juga adalah satu elemen mesra pengguna. Rajah 6.1: Laman web KUISCELL.COM

Menu untuk menghubungkan artikel

Panduan kali ini akan menunjukkan cara-cara untuk mencipta menu untuk menghubungkan artikel-artikel yang telah disimpan di dalam Joomla!. Sebelum itu diperkenalkan dahulu apa itu menu (rujuk Rajah 5.1). Menu adalah pautan kepada artikel-artikel penting dalam laman web anda. Rajah 5.1 Masuk ke panel penyelenggaraan Joomla! ( http://localhost/joomla/ ). Pilih butang Menu Manager untuk mencipta menu item baru.

Kemaskini artikel untuk memasukkan gambar

    Tutorial kali ini pula bertujuan untuk kemaskini artikel yang sedia ada, dan masukkan gambar ke dalam artikel. Sebelum itu anda mungkin ingin memuat turun gambar berikut sebagai contoh;  

Penulisan artikel – pada Joomla! 1.7

Amaran: Untuk pengalaman yang terbaik, sila gunakan pelayar web Mozilla Firefox (klik di sini untuk muat turun - http://www.mozilla.com/firefox/ ). Jika anda menggunakan panel kawalan Joomla! dengan menggunakan pelayar lain (Chrome, Safari atau Internet Explorer), terdapat beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan sebaiknya. Tutorial ini akan menunjukkan kaedah memasukkan artikel baru dalam Joomla! 1.7. Contoh ini contoh mudah di mana tiada apa-apa tambahan lain dimasukkan ke dalam artikel. Tiada imej atau spesifikasi istimewa yang ditambah ke dalam artikel, cuma artikel asas.    

Pemasangan Joomla! 1.7 pada pelayan web komputer anda

Latihan ini akan memasang sistem pengurusan kandungan laman web ke dalam pelayan web yang anda telah pasang sebelum ini . LANGKAH 1: Aktifkan Pelayan Web dan Pangkalan Data Aktifkan XAMPP Control Panel, melalui “ Start->All Programs->ApacheFriends->XAMPP Control Panel ”. Rajah 2.1 Pastikan pelayan web Apache dan pelayan pangkalan data MySQL diaktifkan dengan klik butang START. -> Rajah 2.2

Keperluan untuk pemasangan Joomla! 1.7 pada komputer anda

Eksperimen ini akan memasang perisian keperluan sebelum anda memasang Joomla!. Perisian yang diperlukan ialah XAMPP1.7.4 (versi Windows)*. Projek ini dilakukan pada Windows 7. LANGKAH 1: Muat turun XAMPP Memandangkan XAMPP telah membuat kompilasi semua keperluan di atas (pelayan web Apache, penterjemah PHP dan pelayan pangkalan data MySQL), jadi anda cuma perlu muat turun XAMPP dari laman web berikut; http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html