Projek ini Allah ilhamkan kepada saya kira-kira enam bulan yang lepas. Ketika itu saya dan rakan-rakan di pejabat (sebagaimana rutin hari Jumaat pagi) bersama-sama membaca al-ma’thurat dan mendengar tazkirah daripada ustaz jemputan. Tiba-tiba terfikir bagaimana al-Ma’thurat ini boleh digunakan oleh rakan-rakan yang memandu jauh dari rumah ke pejabat. Kenapa tidak masa yang digunakan semasa memandu dipenuhi dengan membaca al-Ma’thurat. Bukankah lebih mudah jika kita boleh doa al-Ma’thurat ke mana-mana. Memandangkan sekarang ini kebanyakan orang tidak boleh ‘hidup’ tanpa membawa telefon mudah-alih, jadi kenapa tidak install dalam telefon mereka…
Skrin paparan…
Senarai penyumbang…
Terima kasih kepada Ustaz Don Daniyal Biyajid yang sudi menyumbangkan suara beliau yang merdu itu untuk didengar oleh kami semua. Terima kasih juga atas dorongan Ustaz. Dua orang pelajar (Mohammada Faiz, Mohammad Kushairi – BSE) KUIS juga secara sukarela menyumbang tenaga dan masa cuti mereka untuk sama-sama mengusahakan projek ini. Terima kasih kepada Che Wan Shamsul kerana berusaha menyemak dan memperbaiki isi-kandungan. Saya tak mampu nak membalas, Allah jua yang membalas dengan segala kebaikan, Ameen.
Sekarang ini m-Mathurat masih dalam versi beta, namun boleh dimuat-turun melalui Android Market.
https://market.android.com/details?id=net.kerul.mMathurat
Projek ini turut dipamerkan di i-Inova 2011 di USIM, di mana produk mendapat pengiktirafan pingat Gangsa (Alhamdulillah).
Pengenalan
- m-Mathurat adalah applikasi mobil untuk himpunan doa al-Ma’thurat.
- Mengandungi koleksi doa yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang disusun oleh Imam Hassan Al-Bana.
- Aplikasi ini menyediakan doa-doa dan ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Malaysia.
Objektif Pembangunan
Menggalakkan ummah mengamalkan membaca ma’thurat di mana sahaja.
Kelebihan applikasi
- Bacaan yang dialunkan oleh Ustaz Don Daniyal Biyajid.
- Isi kandungan dalam bentuk digital - terus install dalam telefon anda.
- Dengan suara bacaan doa dan ayat al-Quran.
Bacaan ayat al-Quran dan Doa oleh: Ustaz Don Daniyal Biyajid
Pembangun aplikasi: Muhammad Faiz, Muhammad Khusairi
Penasihat: Che Wan Shamsul Bahri
Maklumat lanjut: m-mathurat.com
Pengasas: Khirulnizam Abd Rahman
Alhamdulillah atas pembangunan perisian ini. Sungguh besar pahala entum semua. InsyaAllah moga selepas ini dimudahkan dan dimurahkan rezeki utk entum semua melebarkan lagi sayap dakwah ini. Mungkin boleh terbitkan perisian interaktif android utk anak2 kecil pula, jgn tak ingat bahawa anak2 kecil zaman skrg ni sangat pandai menggunakan alatan canggih ni, drpd mereka lalai dengan mainan yg tak berfaedah, elok kalau mereka asyik dengan mainan yg lebih Islamik. Mungkin boleh terbitkan perisian belajar tajwid ke, bahasa arab ke. Itu antara saranan dan idaman saya. Apa pun jazaakallah khoiral jazaak atas usaha entum semua.
ReplyDeleteCuba buat doa doa selepas solat supaya saya dpt belaja,temia kasih sahabat
ReplyDeleteInsyaAllah, kami sedang usahakan...
Deleteboleh x saya nk dapatkn mp3 bacaan mathurat ini?
ReplyDeleteIngin kepastian - kenapa anda perlukan fail mp3? Setakat ni tak ready lagi nak release sbg sumber terbuka...
DeleteSaya sangat setuju dengan cadangan AnNamir.Kalau boleh bangunkan aplikasi utk anak2 kecil. Alif Ba Ta/Iqra', doa2 harian dsb.
ReplyDeleteTerima kasih.Saya dah download.
Tahniah dan syukur alhamdulillah atas sumbangan yg sungguh bermakna oleh Ustaz Don & rakan2 sekalian. Hopefully akan ada lagi apps berkaitan amalan-amalan lain pada masa akan datang. Keep up the good work! Terima kasih!
ReplyDeleteYa... InsyaAllah coming soon... Tahlil
DeleteSyukran ya akhi. Kalau saya nak request create apps untuk buat ratib, boleh buat tak? Ada bayaran tak
ReplyDeletetahniah...alhamdulillah..perkara ini sangat memudahkan saya...malah dapat memperbaiki bacaan saya...semoga anda semua dicucuri rahmat oleh Allah...ini adalah ilmu yg sangat berguna :)
ReplyDeleteTahniah! Alhamdulillah...akhirnya saya menjumpai apa yang saya cari selama ini...sangat mudah mengikutinya...dengan bacaan yang merdu dari Ustaz Don...syukur alhamdulillah...semoga anda semua teruskan usaha yang sangat bermanfaat ini....semoga ALLAH memberkati segala usaha kalian....syukran!syukran....
ReplyDeletesalam..ada dalam bentuk MP3 ke?
ReplyDeletesalam...ada dalam bentuk MP3 tak?saya nak download..boleh didengarkan didalam kereta atau dimana2
ReplyDelete