Skip to main content

m-Mathurat

logoProjectHijau1

Projek ini Allah ilhamkan kepada saya kira-kira enam bulan yang lepas. Ketika itu saya dan rakan-rakan di pejabat (sebagaimana rutin hari Jumaat pagi) bersama-sama membaca al-ma’thurat dan mendengar tazkirah daripada ustaz jemputan. Tiba-tiba terfikir bagaimana al-Ma’thurat ini boleh digunakan oleh rakan-rakan yang memandu jauh dari rumah ke pejabat. Kenapa tidak masa yang digunakan semasa memandu dipenuhi dengan membaca al-Ma’thurat. Bukankah lebih mudah jika kita boleh doa al-Ma’thurat ke mana-mana. Memandangkan sekarang ini kebanyakan orang tidak boleh ‘hidup’ tanpa membawa telefon mudah-alih, jadi kenapa tidak install dalam telefon mereka…

Skrin paparan…

m-mathurat-intro_thumbaleeflammeem-m-mathurat_thumbdirektori-m-mathurat_thumb

Senarai penyumbang…

Terima kasih kepada Ustaz Don Daniyal Biyajid yang sudi menyumbangkan suara beliau yang merdu itu untuk didengar oleh kami semua. Terima kasih juga atas dorongan Ustaz. Dua orang pelajar (Mohammada Faiz, Mohammad Kushairi – BSE) KUIS juga secara sukarela menyumbang tenaga dan masa cuti mereka untuk sama-sama mengusahakan projek ini. Terima kasih kepada Che Wan Shamsul kerana berusaha menyemak dan memperbaiki isi-kandungan. Saya tak mampu nak membalas, Allah jua yang membalas dengan segala kebaikan, Ameen.

 

279171_2282563269787_1420007751_32709356_8037985_o314340_2546224221146_1420007751_32976274_1302423989_n

Sekarang ini m-Mathurat masih dalam versi beta, namun boleh dimuat-turun melalui Android Market.

muatturun-m-mathurat-dari-android-market[10]image[5]

https://market.android.com/details?id=net.kerul.mMathurat

muat turun mathurat dari Android Market

Projek ini turut dipamerkan di i-Inova 2011 di USIM, di mana produk mendapat pengiktirafan pingat Gangsa (Alhamdulillah).

Gangsa untuk m-mathurat di i-inova 2011, USIM


Pengenalan

  • m-Mathurat adalah applikasi mobil untuk himpunan doa al-Ma’thurat.
  • Mengandungi koleksi doa yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang disusun oleh Imam Hassan Al-Bana.
  • Aplikasi ini menyediakan doa-doa dan ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Malaysia.

Objektif Pembangunan

Menggalakkan ummah mengamalkan membaca ma’thurat di mana sahaja.

Kelebihan applikasi

  • Bacaan yang dialunkan oleh Ustaz Don Daniyal Biyajid.
  • Isi kandungan dalam bentuk digital - terus install dalam telefon anda.
  • Dengan suara bacaan doa dan ayat al-Quran.


Bacaan ayat al-Quran dan Doa oleh: Ustaz Don Daniyal Biyajid

Pembangun aplikasi: Muhammad Faiz, Muhammad Khusairi

Penasihat: Che Wan Shamsul Bahri

Maklumat lanjut: m-mathurat.com

Pengasas: Khirulnizam Abd Rahman

Comments

  1. Alhamdulillah atas pembangunan perisian ini. Sungguh besar pahala entum semua. InsyaAllah moga selepas ini dimudahkan dan dimurahkan rezeki utk entum semua melebarkan lagi sayap dakwah ini. Mungkin boleh terbitkan perisian interaktif android utk anak2 kecil pula, jgn tak ingat bahawa anak2 kecil zaman skrg ni sangat pandai menggunakan alatan canggih ni, drpd mereka lalai dengan mainan yg tak berfaedah, elok kalau mereka asyik dengan mainan yg lebih Islamik. Mungkin boleh terbitkan perisian belajar tajwid ke, bahasa arab ke. Itu antara saranan dan idaman saya. Apa pun jazaakallah khoiral jazaak atas usaha entum semua.

    ReplyDelete
  2. Cuba buat doa doa selepas solat supaya saya dpt belaja,temia kasih sahabat

    ReplyDelete
  3. boleh x saya nk dapatkn mp3 bacaan mathurat ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingin kepastian - kenapa anda perlukan fail mp3? Setakat ni tak ready lagi nak release sbg sumber terbuka...

      Delete
  4. Saya sangat setuju dengan cadangan AnNamir.Kalau boleh bangunkan aplikasi utk anak2 kecil. Alif Ba Ta/Iqra', doa2 harian dsb.
    Terima kasih.Saya dah download.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dan syukur alhamdulillah atas sumbangan yg sungguh bermakna oleh Ustaz Don & rakan2 sekalian. Hopefully akan ada lagi apps berkaitan amalan-amalan lain pada masa akan datang. Keep up the good work! Terima kasih!

    ReplyDelete
  6. Syukran ya akhi. Kalau saya nak request create apps untuk buat ratib, boleh buat tak? Ada bayaran tak

    ReplyDelete
  7. tahniah...alhamdulillah..perkara ini sangat memudahkan saya...malah dapat memperbaiki bacaan saya...semoga anda semua dicucuri rahmat oleh Allah...ini adalah ilmu yg sangat berguna :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah! Alhamdulillah...akhirnya saya menjumpai apa yang saya cari selama ini...sangat mudah mengikutinya...dengan bacaan yang merdu dari Ustaz Don...syukur alhamdulillah...semoga anda semua teruskan usaha yang sangat bermanfaat ini....semoga ALLAH memberkati segala usaha kalian....syukran!syukran....

    ReplyDelete
  9. salam..ada dalam bentuk MP3 ke?

    ReplyDelete
  10. salam...ada dalam bentuk MP3 tak?saya nak download..boleh didengarkan didalam kereta atau dimana2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Several English proverbs and the Malay pair

Or you could download here for the Malay proverbs app – https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kerul.peribahasa English proverbs and the Malay pair Corpus Reference: Amir Muslim, 2009. Peribahasa dan ungkapan Inggeris-Melayu. DBP, Kuala Lumpur http://books.google.com.my/books/about/Peribahasa_dan_ungkapan_Inggeris_Melayu.html?id=bgwwQwAACAAJ CTRL+F to search Proverbs in English Definition in English Similar Malay Proverbs Definition in Malay 1 Where there is a country, there are people. A country must have people. Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya. 2 Dry bread at home is better than roast meat home's the best hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. 3 There's no accounting for tastes We can't assume that every people have a same feel Kepala sama hitam hati lain-lain. Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabia

Bootstrap Template for PHP database system - MyCompanyHR

HTML without framework is dull. Doing hard-coded CSS and JS are quite difficult with no promising result on cross platform compatibility. So I decided to explore BootStrap as they said it is the most popular web framework. What is BootStrap? - Bootstrap is the most popular HTML, CSS, and JavaScript framework for developing responsive, mobile-first web sites. (  http://www.w3schools.com/bootstrap/   ) Available here -  http://getbootstrap.com/ Why you need Flat-UI? Seems like a beautiful theme to make my site look professional. Anyway you could get variety of BootStrap theme out there, feel free to select here  http://bootstraphero.com/the-big-badass-list-of-twitter-bootstrap-resources/ Flat-UI is from DesignModo -   http://designmodo.com/flat/ Web Programming MyCompanyHR – PHP & MySQL mini project (with Boostrap HTML framework) Template 1: Template for the Lab Exercise. This is a project sample of a staff record management system. It has the PHP structured co

Contact Us at blog.kerul.net

Powered by EMF HTML Contact Form

The Challenges of Handling Proverbs in Malay-English Machine Translation – a research paper

*This paper was presented in the 14th International Conference on Translation 2013 ( http://ppa14atf.usm.my/ ). 27 – 29 August 2013, Universiti Sains Malaysia, Penang. The PDF version is here: www.scribd.com/doc/163669571/Khirulnizam-The-Challenges-of-Automated-Detection-and-Translation-of-Malay-Proverb The test data is here: http://www.scribd.com/doc/163669588/Test-Data-for-the-Research-Paper-the-Challenges-of-Handling-Proverbs-in-Malay-English-Machine-Translation Khirulnizam Abd Rahman, Faculty of Information Science & Technology, KUIS Abstract: Proverb is a unique feature of Malay language in which a message or advice is not communicated indirectly through metaphoric phrases. However, the use of proverb will cause confusion or misinterpretation if one does not familiar with the phrases since they cannot be translated literally. This paper will discuss the process of automated filtering of Malay proverb in Malay text. The next process is translation. In machine translatio

Most used STRING functions in my PHP coding

These are my favourite string manipulation functions in my daily coding life. Dedicated especially to Web Programming students. Read them and have fun. Expect a happiness after a storm , and you’ll find your “inner peace”… This post is still in draft. I’ll update and refine with more examples that I’ve personally develop. More after the break…