Kemaskini artikel untuk memasukkan gambar

Kemaskini artikel dalam Joomla!

 

 

Tutorial kali ini pula bertujuan untuk kemaskini artikel yang sedia ada, dan masukkan gambar ke dalam artikel. Sebelum itu anda mungkin ingin memuat turun gambar berikut sebagai contoh;

 

logo panduan Joomla! 1.7 Melayu blog.kerul.net

Sila masuk ke panel penyelenggaraan (control panel), dan klik pada butang “Article Manager” pada Rajah 4.1. Seperti dalam artikel sebelum ini, untuk ke panel penyelenggaraan, taipkan http://localhost/joomla/ dan sertakan nama pengguna (admin) dan kata laluan.

Setelah berjaya memasuki panel penyelengggaraan, klik butang Article Manager untuk membuka semula artikel anda (rujuk Rajah 4.1).

kemaskini artikel dalam Joomla - kedudukan butang Artikel ManagerRajah 4.1

Setakat ini, terdapat hanya satu artikel sahaja dalam Penyelenggara Artikel (Artikel Manager). Klik artikel yang anda mahu kemaskini dan masukkan gambar.

kemaskini artikel dalam Joomla - pilih artikelRajah 4.2

Anda akan dipaparkan dengan skrin kemaskini artikel, terus ke ruangan Article Text. Klik tetikus anda pada tempat yang anda rancang untuk masukkan gambar. Pada latihan ini sila klik pada permulaan teks. Kita akan memasukkan gambar di awal artikel (sebelum teks). Klik pada butang Image seperti dalam Rajah 4.3.

kemaskini artikel dalam Joomla - butang masukkan gambarRajah 4.3

Anda akan dipaparkan dengan skrin baru seperti dalam Rajah 4.4. Untuk memasukkan gambar dari komputer anda, gambar tersebut perlu dimuat-naik ke dalam pelayan web terlebih dahulu. Gunakan kemudahan muat-naik media (Upload files) dengan klik butang Browse di bahagian bawah skrin. Sila pastikan saiz fail media tidak melebihi 10MB.

kemaskini artikel dalam Joomla - Browse gambarRajah 4.4

Kesan kedudukan fail gambar yang berada dalam komputer anda. Pilih gambar terlibat dan klik Open.

kemaskini artikel dalam Joomla - pilih gambarRajah 4.5

Klik butang “Start Upload” (pada Rajah 4.6) selepas memilih gambar.

kemaskini artikel dalam Joomla - muat naik gambarRajah 4.6

Taipkan maklumat gambar (ALT Text) pada Image Title dan klik pada gambar pilihan. Selepas selesai klik Insert pada sebelah kanan atas skrin (Rajah 4.7). ALT Text merupakan deskripsi gambar.

kemaskini artikel dalam Joomla - pilih gambarRajah 4.7

Gambar yang dipilih akan kelihatan dalam Article Text. Klik pada gambar dan kotak kecil kelihatan pada bucu gambar (rujuk Rajah 4.8). Klik dan seret (click and drag) kotak kecil tersebut untuk mengubahsuai saiz gambar. Sesuaikan mengikut artikel.

kemaskini artikel dalam Joomla - ubahsuai saiz gambarRajah 4.8

Selepas selesai dengan gambar tersebut, klik butang “Save & Close” untuk menyimpan artikel(Rajah 4.9).

kemaskini artikel dalam Joomla - simpan artikelRajah 4.9

Paparkan laman web anda di pelayar web dan lihat perubahan (Rajah 4.10). Gunakan alamat sebelum ini http://localhost/joomla/ .

kemaskini artikel dalam Joomla - papar artikel dan gambarRajah 4.10

<< Tutorial 3: Penulisan artikel baru

Isi kandungan Panduan Joomla! 1.7

Tutorial 05: Menu untuk menghubungkan artikel  >>

 

***Terima kasih kepada FIRESHOT atas perkongsian perisian screen capture yang dibekalkan. Hebat perisian ini, sila download untuk Firefox anda.

9 comments:

  1. boleh tak tunjuk cara2 nak tkr template?

    ReplyDelete
  2. Boleh sajer... Tapi tak berkesempatan lai... Biaser hujung minggu baru boleh concentrate menulis modul ni. Soba dek no...

    ReplyDelete
  3. Penukaran Templet adalah Tutorial 06... Sekarang sedang usahakan Tutorial 05...

    ReplyDelete
  4. terima kasih bro atas tutorial yg berguna..
    saya mintak izin share yer dan mengekalkan sumber ianya dari blog abang...

    ReplyDelete
  5. FREE hosting baca kat sini http://blog.kerul.net/2008/12/free-web-hosting.html

    Pastikan ader PHP dan MySQL support kalu nak guna Joomla!

    ReplyDelete
  6. tamplate mne nak cafi r?? yg free nye?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Saya nak tnya mcmna kita nak buat page yang ada untuk upload..kemudian apa yg diupload oleh user tu akan dipaparkan pada page yg sama...then user tu leh buat ulasan kt file yg dia upload...contohnya untuk buat page ulasan buku...tolong saya x tahu nk buat mcmana...tq

    ReplyDelete
  8. terimakasih. akak dah pandai 2%
    lagi 98% nak kena belajar

    ReplyDelete

Popular Posts