Skip to main content

Keperluan untuk pemasangan Joomla! 1.7 pada komputer anda

xampp-logo-1240

Eksperimen ini akan memasang perisian keperluan sebelum anda memasang Joomla!. Perisian yang diperlukan ialah XAMPP1.7.4 (versi Windows)*. Projek ini dilakukan pada Windows 7.

LANGKAH 1: Muat turun XAMPP

Memandangkan XAMPP telah membuat kompilasi semua keperluan di atas (pelayan web Apache, penterjemah PHP dan pelayan pangkalan data MySQL), jadi anda cuma perlu muat turun XAMPP dari laman web berikut;

http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html

muat turun XAMPP

LANGKAH 2: Pasang XAMPP

Pasang XAMPP di dalam folder C:/XAMPP atau C:/XAMPP174 (saya menggunakan folder ini memandangkan terdapat pelbagai versi XAMPP yang dipasang di PC saya). Jangan install dalam C:/Program Files kerana Windows Vista dan Windows 7 mempunyai masalah untuk menjalankan servis Apache dan MySQL melalui folder C:/Program Files.

ON XAMPP

 

LANGKAH 3: XAMPP Control Panel

ONkan XAMPP melalui butang Windows Start –> All Programs –> Apache Friends –> XAMPP Control Panel.

aktifkan APACHE dan MYSQL

Pastikan anda klik START pada servis Apache dan MySQL.**

kesan kedudukan HTDOCS

Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan adalah mengenalpasti folder HTDOCS. Folder ini adalah folder yang dikawal oleh pelayan web Apache yang akan dikongsi kepada pengunjung website anda. Sila sediakan satu folder baru bernama JOOMLA sebagai contoh di dalam HTDOCS.

LANGKAH 4: Pastikan pelayan web anda berfungsi

Aktifkan pelayar web anda, taip http://localhost pada alamat URL. Skrin berikut akan dipaparkan pada pelayar web anda.

image

LANGKAH 5: Menukar laporan ralat (error_reporting) pada PHP.INI

PHP.INI adalah fail yang menentukan bagaimana penterjemah PHP berfungsi dalam persekitaran pembangunan anda. XAMPP 1.7.4 secara piawai mengimplemen laporan ralat*** yang sangat ketat (mod pembangunan). Ini menyebabkan terdapat ralat yang tidak perlu, tapi dipaparkan pada skrin Joomla anda. Untuk mengelakkan ralat yang keterlaluan dipaparkan pada skrin Joomla anda, sila ubah sedikit setting dalam PHP.INI.

Fail PHP.INI boleh dicapai di C:/XAMPP174/PHP/PHP.INI.

kesan kedudukan php.ini

Buka fail tersebut menggunakan Notepad / editor kod, dan terus ke baris 516. tukar kod berikut;

error_reporting = E_ALL | E_STRICT

kepada

error_reporting = E_ALL & ~E_NOTICE & ~E_DEPRECATED

error_reporting dalam PHP.INI

Pastikan anda simpan fail ini. Kemudian pergi ke XAMPP Control Panel, STOP Apache dan START sekali lagi.

NOTA tambahan…

* Mengapa perlukan XAMPP?

Joomla! merupakan satu Sistem Pengurusan Isi-kandungan berasaskan web (CMS-content management system) yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data. Joomla! v1.7 memerlukan pelayan web (Apache, IIS) yang mempunyai penterjemah PHP (v 5.2.4), pelayan pangkalan data (MySQL) dan ruang storan sekurang-kurangnya 35MB untuk installasi permulaan.

XAMPP adalah perisian kompilasi yang mengandungi pelayan web Apache, penterjemah PHP dan pangkalan data MySQL. Dengan memasang XAMPP, kesemua aplikasi tersebut diperolehi.

** Apache adalah satu contoh pelayan web yang menggunakan port 80 iaitu piawai untuk protokol HTTP (HyperText Transfer Protocol). Sekiranya anda telah memasang Microsoft IIS (pelayan web keluaran Microsoft), sila pastikan IIS dihentikan (rujuk di sini).

Sepanjang pengalaman saya, sekiranya anda pengguna SKYPE, ini juga akan menyebabkan Apache tidak dapat berfungsi. Sila OFF servis Skype sekiranya anda ingin mengaktifkan Apache. Ini kerana Skype juga menggunakan port 80 untuk melaksanakan servisnya (sila rujuk di sini).

*** Sila rujuk http://php.net/error-reporting untuk maklumat lanjut.

 

 

Isi kandungan Panduan Joomla! 1.7

Tutorial 02: Pemasangan Joomla! 1.7 pada pelayan web komputer anda >>

Comments

  1. kalau nk install kt ubuntu, guna xampp jugak ke bro?

    ReplyDelete
  2. Bro,
    Downloaded XAMPP cuma Vista boleh jalan tapi XP tak dapat jalan, tolong. TQ

    ReplyDelete
  3. Sorry, Bro... Hectic weekdays with 5-day-full training. Cuma nak tahu XAMPP version berapa yg hang download...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan, pertanyaan : boleh kah joomla dijadikan platform untuk mobile learning?

    ReplyDelete
  5. Personally saya tak prefer Joomla utk mobile learning. Try cari Mobile LMS

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Tahniah...kerana dapat mengeluarkan panduan IT dalam bahasa melayu.
    semoga Allah rahmati

    ReplyDelete
  7. Salam en. Kerul..

    Adakah wampp juga sesuai untuk joomla?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wampp pon konsep sama mcm xampp. Wampp juga kompilasi yg mengandungi Apache, PHP module da MySql. Jadi meme boleh guna utk install Joomla pada locahost... Tqvm

      Delete
  8. joomla ni leh create sistem database juga tak?ataupun untuk create website je?

    Thank u.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Several English proverbs and the Malay pair

Or you could download here for the Malay proverbs app – https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kerul.peribahasa English proverbs and the Malay pair Corpus Reference: Amir Muslim, 2009. Peribahasa dan ungkapan Inggeris-Melayu. DBP, Kuala Lumpur http://books.google.com.my/books/about/Peribahasa_dan_ungkapan_Inggeris_Melayu.html?id=bgwwQwAACAAJ CTRL+F to search Proverbs in English Definition in English Similar Malay Proverbs Definition in Malay 1 Where there is a country, there are people. A country must have people. Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya. 2 Dry bread at home is better than roast meat home's the best hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. 3 There's no accounting for tastes We can't assume that every people have a same feel Kepala sama hitam hati lain-lain. Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabia

Submit your blog address here

Create your own blog and send the address by submitting the comment of this article. Make sure to provide your full name, matrix and URL address of your blog. Refer to the picture below. Manual on developing a blog using blogger.com and AdSense, download here … Download Windows Live Writer (a superb offline blog post editor)

Applications of Web 2.0

Web 2.0 describes the changing trends in the use of World Wide Web technology and web design that aim to enhance creativity , secure information sharing, collaboration and functionality of the web. Web 2.0 concepts have led to the development and evolution of web-based communities and hosted services , such as social-networking sites , video sharing sites , wikis , blogs . Find a website or web application that conform to the criteria of Web 2.0. Put the name of the application and the URL in the comment below. Please provide your full name and matrix number. Make sure the application you choose is not already chosen by your friend in the previous comment.

ViewFlipper Example–a simple FlashCard

UPDATE: Improved with Fling gesture (Sept 2012) UPDATE: ViewFlipper with Flip-In and Flip-Out Animation (August 2012) This tutorial is to demonstrate the ViewFlipper layout that is almost similar to CardLayout (in Java). The app will produce a simple Flash card that provide several screens with different picture for each card. Flip-in and Flip-out animation provided. Added in Sept 2012 – an improvement to support Fling gesture – enjoy… The amendment is only on the coding part. Some how the layout design (main.xml) is quite long. Later I’ll produce separated screen by including several XML layout from outside files. Screenshots;

Bootstrap Template for PHP database system - MyCompanyHR

HTML without framework is dull. Doing hard-coded CSS and JS are quite difficult with no promising result on cross platform compatibility. So I decided to explore BootStrap as they said it is the most popular web framework. What is BootStrap? - Bootstrap is the most popular HTML, CSS, and JavaScript framework for developing responsive, mobile-first web sites. (  http://www.w3schools.com/bootstrap/   ) Available here -  http://getbootstrap.com/ Why you need Flat-UI? Seems like a beautiful theme to make my site look professional. Anyway you could get variety of BootStrap theme out there, feel free to select here  http://bootstraphero.com/the-big-badass-list-of-twitter-bootstrap-resources/ Flat-UI is from DesignModo -   http://designmodo.com/flat/ Web Programming MyCompanyHR – PHP & MySQL mini project (with Boostrap HTML framework) Template 1: Template for the Lab Exercise. This is a project sample of a staff record management system. It has the PHP structured co