Skip to main content

Kenapa saya suka blog?

imageWhy I blog?

Berikut merupakan perbincangan KERUL.NET (Khirulnizam) dengan En. Azim Fitri daripada BERNAMA mengenai dunia BLOG…

16 Disember 2011, 1500pm

1. Azim BERNAMA: Apa yang anda definisikan sebagai blog?

KERUL.NET: Blog pada asalnya bermaksud jurnal peribadi (web log). Digunakan untuk merekodkan kegiatan harian (atau diari) dalam medium laman web dengan tema atau fokus tertentu. Seharusnya blog yang baik mempunyai tumpuan tema tertentu seperti fesyen, teknologi, kesihatan, berita tempatan, makanan, dan sebagainya. Namun ada juga blog yang berbentuk ‘rojak’ dan skop perbincangan yang luas.

Saya melihat blog sebagai laman web peribadi di mana empunya blog bebas menulis apa jua pendapat, pengalaman dan mahupun maklumat berbentuk fakta. Di samping mendapatkan maklumat, pengunjung blog juga boleh memberi maklum balas dan terlibat dalam perbincangan. Ini antara fungsi asas blog yang menjadikannya popular pada sekitar 2005.

2. Azim BERNAMA: Kategori blog dan blogger?

KERUL.NET boleh dikategorikan sebagai blog teknologi. Artikel dan perbincangan ditumpukan kepada pembangunan aplikasi web (Joomla! Dan PHP) dan aplikasi mudah alih (Android).

3. Azim BERNAMA: Pengalaman anda dalam dunia blogger?

Kerul.net merupakan himpunan maklumat, panduan langkah demi langkah dan juga perkembangan semasa dunia pengaturcaraan dan teknologi maklumat. Sekarang ini kerul.net memfokus kepada perkomputeran mudah alih dan juga teknologi web. Bermula dengan Yahoo! 360 kemudian berpindah kepada Blogspot dengan kerul.blogspot.com (pada 2005). Sekarang sudah mempunyai nama domain sendiri iaitu kerul.net .

4. Azim BERNAMA: Apa sebab dan dorongan untuk menyertai dunia blogger ini?

Sebab utama memulakan blog adalah untuk berkongsi nota dan bahan-bahan pembelajaran kepada pelajar-pelajar Diploma E-Commerce di KUIS. Pada masa itu saya diamanahkan matapelajaran pengaturcaraan web. Blog boleh digunakan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi semasa saya terlibat dalam proses pembangunan laman web dan aplikasi mobile. Walaupun blog jenis ini banyak kedapatan di dunia web, namun kelebihannya jika kita dokumenkan penyelesaian yang kita jumpa, kita boleh merujuk kembali sekiranya diperlukan semula pada masa hadapan. Di samping itu dokumentasi tersebut juga akan berguna kepada orang lain yang menghadapi masalah serupa dengan apa yang telah saya alami.

Artikel penuh di BERNAMA: http://www.bernama.com/bernama/v6/newsfeatures.php?id=647425

LECTURER SHARES KNOWLEDGE WITH PEOPLE THROUGH HIS BLOG

Satu lagi dorongan utama adalah sepanjang pemerhatian saya, kurang penglibatan warga Malaysia khususnya Muslim dalam perkongsian maklumat dalam bidang pembangunan aplikasi. Rata-rata maklumat yaang diperolehi dikongsi oleh warga Barat yang mana mereka tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.

Salah satu maklumat yang saya kongsi adalah panduan membangunkan laman web menggunakan Joomla! dalam bahasa Melayu. Sebelum menulis siri panduan ini, saya dapati sangat kurang tutorial yang boleh diperolehi dalam laman web. Kebanyakan ditulis dalam bahasa Inggeris. Berbeza dengan sikap warga Indonesia yang sangat aktif menulis panduan teknologi dalam bahasa ibunda mereka.

Memandangkan banyak nota, latihan, slaid pembentangan dan maklumat tambahan yang ingin saya kongsikan kepada pelajar, saya membuat keputusan untuk berkongsi semua sumber itu di Internet. Bukan sahaja pelajar saya boleh mendapat manfaat, orang lain pun boleh dapat manfaat yang sama. Saya percaya ilmu / maklumat yang bermanfaat jika disebar-luaskan akan memberi pulangan kebaikan kepada diri dan keluarga saya nanti.

5. Azim BERNAMA: Cabaran sebagai seorang blogger sebelum, semasa dan selepas untuk anda menyebarkan maklumat?

Saya menulis artikel berdasarkan pengalaman. Maksudnya kebanyakan artikel adalah dokumentasi hasil eksperimen dan penyelesaian masalah yang pernah saya hadapi. Aktiviti eksperimen dan penyelesaian masalah memerlukan masa yang banyak. Walaubagaimanapun saya percaya menguntukkan sedikit masa untuk proses dokumentasi akan menjimatkan masa kita dan mungkin masa orang lain pada masa hadapan.

Apabila kita telah menulis panduan atau artikel tentang teknologi, banyak permintaan untuk menulis panduan lanjutan. Ada juga pengunjung yang meminta saya membangunkan aplikasi untuk mereka. Permintaan-permintaan ini sangat memberi kesan kepada perasaan kerana kita seperti bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan mereka, Sekiranya kita tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, seperti kita tidak sedaya upaya menolong menyelesaikan masalah peminat kita. Kadang-kadang ada permintaan yang saya akan penuhi (sekiranya saya mempunyai pengetahuan dan masa). Namun banyak juga permintaan yang terpaksa ditolak, biasanya saya akan sarankan supaya mereka mencari pakar yang lebih berpengalaman (rakan-rakan lain yang lebih mahir). Tetap ada kekesalan kerana tidak dapat membantu.

6. Azim BERNAMA: Bagaimana anda melihat blog sebagai media baru pada masa kini?

Sebenarnya blog telah wujud agak lama. Kebanyakan blogger juga menggunakan rangkaian social untuk tujuan promosi. Ada juga yang beralih kepada rangkaian social dan mengabaikan blog. Sebab utamanya kerana rangkaian social tidak memerlukan karangan yang panjang. Mesej yang disampaikan mesti padat dan ringkas. Namun blog masih lagi popular untuk menerangkan masalah yang rumit dan memerlukan penerangan yang panjang lebar. Blog seperti saifulislam.com dan zaharuddin.net menggunakan medium ini untuk berdakwah dan menyebarkan pengetahuan agama Islam. Blog ini merupakan saluran terus blogger dan peminat tanpa perlu sekatan atau tapisan. Tanpa perlu perantara antara penulis dan pembaca, akan mengurangkan kekeliruan yang disebabkan pemahaman perantara. Isu ini sentiasa timbul dalam akhbar atau media arus perdana.

7. Azim BERNAMA: Blog sebagai medium menyebarkan fitnah oleh sesetengah blogger?

Di tangan golongan yang tidak bertanggungjawab, blog boleh menjadi medium penyebaran fitnah dan berita palsu. Ia juga boleh menjadi penghasut dan juga medium untuk menghina agama atau bangsa lain. Golongan ini juga adalah antara penyebab golongan pengendali blog keseluruhannya dilabel sebagai tukang fitnah atau pembohong. Kembali kepada kekuatan pegangan asas manusia tersebut. Dosa dan kesan blog yang berbentuk fitnah sama juga dengan memfitnah dan mengumpat dalam masyarakat. Kesan buruk kepada yang difitnah, dan juga yang memfitnah. Tiada siapa yang akan percaya kepada tukang penyebar fitnah walaupun mereka bercakap benar.

8. Azim BERNAMA: Perlu atau tidak mewujudkan etika bagi blogger?

Sudah banyak etika atau panduan blogger berhemah diperbincangkan. Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menyarankan pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 “Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran”. Tapi sejauh mana pemilik blog dapat “mentaati” etika tersebut tanpa penguatkuasaan undang-undang.

Apa yang diperlukan adalah badan penguatkuasa yang boleh menguatkuasakan akta dan undang-undang sedia ada. Akta seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948 sebenarnya boleh diguna pakai, mungkin boleh ditambah-baik untuk meliputi aktiviti blog. Namun begitu terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan pasukan teknikal yang mampu mengesan empunya blog. Oleh kerana Internet merupakan suatu persekitaran yang bersifat anonymity (tanpa nama), terdapat kesukaran untuk mengesan empunya blog sebenar untuk proses dakwaan. Sesiapa pun boleh membuat blog untuk orang lain. Sebagai contoh, saya boleh membina dan menulis blog untuk En Azim. Saya dapatkan semua gambar dan maklumat daripada Facebook saudara, kemudian meletakkan semua maklumat tersebut pada blog yang saya bina itu. Kemudian saya tulis artikel yang boleh dikategorikan menghasut atau fitnah. Orang ramai yang membaca blog tersebut akan mengatakan bahawa keterangan itu dating dari En Azim, bukan saya. Semua itu boleh dilakukan dengan mudah. Namun sekiranya kita mahu mengesan siapa dalang sebenar, agak sukar kerana Internet percuma sekarang sangat mudah diperolehi. Kedai Mamak pun ada menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma.

9. Azim BERNAMA: Anda melihat blog dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh sesetengah blogger pada masa kini?

Salah satu kaedah menjana pendapatan yang mudah melalui blog ialah pengiklanan. Sama ada pengiklanan oleh pembekal pengiklanan (Google Adsense, Nuffnang, dsb) atau ruangan iklan sendiri, faktor utama pengiklanan adalah bilangan pengunjung. Penyedia iklan kebanyakannya memberi komisyen berdasarkan bilangan klik oleh pengunjung pada iklan. Semakin banyak pengunjung, semakin tinggi kebarangkalian pengunjung mengklik iklan. Secara jujurnya KERUL.NET belum lagi menjana pendapatan melalui iklan. Ini kerana purata pengunjung seramai 200 sehari. Terdapat rakan-rakan blogger yang mampu menjana RM500 – RM1000 sebulan bilangan pengunjung sehari sekitar 5000. Hakikatnya, menyewakan ruangan iklan sendiri lebih berbaloi berbanding mengharapkan komisyen daripada pembekal iklan. Namun, pengiklan hanya akan mengiklankan produk mereka pada blog yang mempunyai bilangan pengunjung yang ramai. Dan blog yang mendapat pengunjung yang banyak adalah blog yang bersifat teknologi dan berita umum seperti amanz.my, soyacincau.com dan mynewshub.my .

Iklan di KERUL.NET lebih bersifat eksperimen, iaitu untuk mempelajari dan memahami apa modus operandi di sebalik kaedah pengiklanan tersebut. Dengan cara ini, saya sebagai pensyarah mampu untuk berkongsi maklumat kepada para pelajar. Oleh kerana saya mengkhusus dalam bidang pembangunan aplikasi berasaskan Web, jadi saya perlu mendedahkan diri dengan peluang dan teknologi semasa dalam bidang ini.

KHIRULNIZAM ABD RAHMAN adalah pengendali dan penulis artikel utama blog KERUL.NET. Beliau merupakan pensyarah dalam bidang teknologi web Jabatan E-Dagang, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Comments

Popular posts from this blog

Several English proverbs and the Malay pair

Or you could download here for the Malay proverbs app – https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kerul.peribahasa English proverbs and the Malay pair Corpus Reference: Amir Muslim, 2009. Peribahasa dan ungkapan Inggeris-Melayu. DBP, Kuala Lumpur http://books.google.com.my/books/about/Peribahasa_dan_ungkapan_Inggeris_Melayu.html?id=bgwwQwAACAAJ CTRL+F to search Proverbs in English Definition in English Similar Malay Proverbs Definition in Malay 1 Where there is a country, there are people. A country must have people. Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya. 2 Dry bread at home is better than roast meat home's the best hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. 3 There's no accounting for tastes We can't assume that every people have a same feel Kepala sama hitam hati lain-lain. Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabia...

Pemasangan Joomla! 1.7 pada pelayan web komputer anda

Latihan ini akan memasang sistem pengurusan kandungan laman web ke dalam pelayan web yang anda telah pasang sebelum ini . LANGKAH 1: Aktifkan Pelayan Web dan Pangkalan Data Aktifkan XAMPP Control Panel, melalui “ Start->All Programs->ApacheFriends->XAMPP Control Panel ”. Rajah 2.1 Pastikan pelayan web Apache dan pelayan pangkalan data MySQL diaktifkan dengan klik butang START. -> Rajah 2.2

Installing Google AdMob into Android Apps

Previously I wrote on why ads are needed to help maintaining an app. Read the article here http://blog.kerul.net/2011/05/generating-revenue-from-free-mobile.html . ---This is quite an old article. You may find the latest supporting AdMob 6.x in here http://blog.kerul.net/2012/08/example-how-to-install-google-admob-6x.html --- This is quite a long tutorial, there are 3 major steps involved. The experiment is done using Windows 7, Eclipse Helios and AdMob SDK 4.1.0 (which currently is the latest-during time of writing). STEP 1: Get the ads from AdMob.com To display the AdMob ads in your Android mobile apps, you need to register first at the admob.com . After completing the registration, login and Add Site/App. Refer to Figure 1. Figure 1 Choose the desired platform and fill in the details (as in Figure 2). Just put http:// in the Android Package URL if your app is not published in the market yet. And click Continue. Figure 2 Download the AdMob Android SDK, and save the zip fil...

ViewFlipper Example–a simple FlashCard

UPDATE: Improved with Fling gesture (Sept 2012) UPDATE: ViewFlipper with Flip-In and Flip-Out Animation (August 2012) This tutorial is to demonstrate the ViewFlipper layout that is almost similar to CardLayout (in Java). The app will produce a simple Flash card that provide several screens with different picture for each card. Flip-in and Flip-out animation provided. Added in Sept 2012 – an improvement to support Fling gesture – enjoy… The amendment is only on the coding part. Some how the layout design (main.xml) is quite long. Later I’ll produce separated screen by including several XML layout from outside files. Screenshots;

Turn laptop into Wifi hotspot

This article is given such a title so that it could fight for the keyword “Turn laptop into Wifi hotspot”. There are two experiment for this post; I’m trying to use Google AdWords External Tool to look for the right keyword for this article. (This is kind of SEO practice) I’d like to turn my laptop (a DELL Studio 14, Windows 7 Premium, Intel i5 64bit) into a wireless (wifi) hotspot. I’m currently using Maxis Broadband and my wireless router is broken. To buy a new wireless router will cause a such big hole in my wallet. Why don’t I use my laptop to be a wifi router? Theoretically, it’s possible. I searched and found this free software called Virtual Router (it is a additional software to turn your Windows 7/ 2008 into a wireless router). Virtual Router -  is a free, open source software based router for PCs running Windows 7 or Windows Server 2008 R2. Using Virtual Router, users can wirelessly share any internet connection (Wifi, LAN, Cable Modem, Dial-up, Cellular, etc.) with ...