Panduan kali ini akan menunjukkan cara-cara untuk mencipta menu untuk menghubungkan artikel-artikel yang telah disimpan di dalam Joomla!. Sebelum itu diperkenalkan dahulu apa itu menu (rujuk Rajah 5.1). Menu adalah pautan kepada artikel-artikel penting dalam laman web anda.
Masuk ke panel penyelenggaraan Joomla! (http://localhost/joomla/). Pilih butang Menu Manager untuk mencipta menu item baru.
Tutorial kali ini akan menambah satu item menu kepada grup Main Menu. Item menu adalah salah satu daripada menu yang berada di dalam grup menu. Grup menu pula adalah sekumpulan menu yang kelompokkan mengikut fungsi masing-masing. Grup Main Menu biasanya adalah senarai menu yang menghubungkan artikel-artikel penting dalam laman web tersebut. Anda boleh juga membina grup menu lain, sebagai contoh Pautan Penting, yang mana item menu grup tersebut terdiri daripada pautan-pautan yang anda ingincadangkan kepada pelawat.
Klik pada Main Menu, seperti dalam Rajah 5.2.
Klik pada butang New untuk menambah satu item menu yang baru (rujuk Rajah 5.3).
Taipkan nama item menu tersebut, seharusnya menggambarkan isi kandungan artikel yang ingin dihubungkan. Kemudian klik pada butang Select untuk memilih jenis item menu (Rajah 5.4).
Untuk item menu kali ini, kita hendak menghubungkan kepada artikel yang telah disediakan dalam Tutorial 3. Jadi pilih Single Article (rujuk Rajah 5.5). Skrin ini menyenaraikan semua jenis menu yang mampu dikendali oleh Joomla! 1.7.
Kemudian akan kembali kepada skrin pada Rajah 5.6. Klik Select/Change untuk menyenaraikan artikel terbabit.
Pilih artikel yang mengandungi Tutorial 1 (seperti dalam Rajah 5.7). Memandangkan terdapat hanya satu artikel, jadi anda tiada pilihan lain.
Selepas selesai memilih artikel, skrin kembali kepada Menu Manager: New Menu Item. Klik butang Save & Close seperti dalam Rajah 5.8.
Dalam Rajah 5.9, telah kelihatan satu lagi item menu di bawah item menu Home (rujuk Rajah 5.9).
Buka laman web anda (http://localhost/joomla/) dan perhatikan di bawah Main Menu terdapat satu lagi item menu tambahan.
Sekiranya anda ingin mengubah paparan Main Menu kepada Menu Utama, sila ikuti tutorial di bawah.
Buka panel penyelenggaraan (http://localhost/joomla/administrator/), dan klik pada menu pada kawalan (untuk capaian pantas). Pilih Menus->Menu Manager seperti dalam Rajah 5.11.
Kemudian klik CheckBox pada grup menu Main Menu diikuti dengan klik butang Edit (pada kumpulan butang atas-kanan) – rujuk Rajah 5.12.
Skrin pada Rajah 5.13 akan dipaparkan. Ubah maklumat pada Title kepada Menu Utama. Klik Save & Close setelah selesai.
Masuk ke dalam Menu Utama untuk mencapai item menu (Rajah 5.14).
Skrin seteresnya (Rajah 5.14) mengandungi senarai item menu pada grup Menu Utama. Klik pada Checkbox Home dan klik Edit.
Ubahsuai maklumat Menu Title (seperti Rajah 5.15) kepada Laman Utama untuk menggantikan Home.Klik butang Save & Close untuk menyimpan perubahan.
Refresh laman web anda pada http://localhost/joomla/ dan lihat perubahan pada menu (Rajah 5.16). Perhatikan pada tajuk grup menu (Main Menu) tidak berubah lagi. Ini memerlukan anda untuk mengubah maklumat pada Module Manager. Kita akan bincang pada Tutorial 07 nanti.
LATIHAN
1. Bina satu lagi artikel bertajuk Panduan 2 – Pasang Joomla! Dalam Komputer. Berikut merupakan isi kandungan yang perlu dimasukkan.
LANGKAH 1: Muat turun Joomla! 1.7
Lawati http://joomla.org/download.html.
LANGKAH 2: Ekstrak fail
Ekstrak fail yang telah dimuaturun ke dalam folder C:/XAMPP/HTDOCS/JOOMLA
LANGKAH 3: Pasang Joomla!
Pergi ke laman pemaangan Joomla! -> http://localhost/joomla/
2. Tambah satu lagi menu bertajuk Panduan 2 – Pasang Joomla! di dalam menu utama.
***Terima kasih kepada FIRESHOT atas perkongsian perisian screen capture yang dibekalkan. Hebat perisian ini, sila download untuk Firefox anda.
blh saya tahu? macam mana nak mskkun byk artikel di bwh satu menu. Contoh mcm menu aktiviti biro. Di dalamnya terdapat sub menu biro agama, biro sosial, biro penerbitan & sebagainya.
ReplyDeletetq