Tutorial kali ini pula bertujuan untuk kemaskini artikel yang sedia ada, dan masukkan gambar ke dalam artikel. Sebelum itu anda mungkin ingin memuat turun gambar berikut sebagai contoh;
Sila masuk ke panel penyelenggaraan (control panel), dan klik pada butang “Article Manager” pada Rajah 4.1. Seperti dalam artikel sebelum ini, untuk ke panel penyelenggaraan, taipkan http://localhost/joomla/ dan sertakan nama pengguna (admin) dan kata laluan.
Setelah berjaya memasuki panel penyelengggaraan, klik butang Article Manager untuk membuka semula artikel anda (rujuk Rajah 4.1).
Setakat ini, terdapat hanya satu artikel sahaja dalam Penyelenggara Artikel (Artikel Manager). Klik artikel yang anda mahu kemaskini dan masukkan gambar.
Anda akan dipaparkan dengan skrin kemaskini artikel, terus ke ruangan Article Text. Klik tetikus anda pada tempat yang anda rancang untuk masukkan gambar. Pada latihan ini sila klik pada permulaan teks. Kita akan memasukkan gambar di awal artikel (sebelum teks). Klik pada butang Image seperti dalam Rajah 4.3.
Anda akan dipaparkan dengan skrin baru seperti dalam Rajah 4.4. Untuk memasukkan gambar dari komputer anda, gambar tersebut perlu dimuat-naik ke dalam pelayan web terlebih dahulu. Gunakan kemudahan muat-naik media (Upload files) dengan klik butang Browse di bahagian bawah skrin. Sila pastikan saiz fail media tidak melebihi 10MB.
Kesan kedudukan fail gambar yang berada dalam komputer anda. Pilih gambar terlibat dan klik Open.
Klik butang “Start Upload” (pada Rajah 4.6) selepas memilih gambar.
Taipkan maklumat gambar (ALT Text) pada Image Title dan klik pada gambar pilihan. Selepas selesai klik Insert pada sebelah kanan atas skrin (Rajah 4.7). ALT Text merupakan deskripsi gambar.
Gambar yang dipilih akan kelihatan dalam Article Text. Klik pada gambar dan kotak kecil kelihatan pada bucu gambar (rujuk Rajah 4.8). Klik dan seret (click and drag) kotak kecil tersebut untuk mengubahsuai saiz gambar. Sesuaikan mengikut artikel.
Selepas selesai dengan gambar tersebut, klik butang “Save & Close” untuk menyimpan artikel(Rajah 4.9).
Paparkan laman web anda di pelayar web dan lihat perubahan (Rajah 4.10). Gunakan alamat sebelum ini http://localhost/joomla/ .
***Terima kasih kepada FIRESHOT atas perkongsian perisian screen capture yang dibekalkan. Hebat perisian ini, sila download untuk Firefox anda.

