Skip to main content

Pemasangan Joomla! 1.7 pada pelayan web sebenar

pasang joomla guna softaculous

Dalam tutorial kali ini, anda akan dipandu untuk memasang Joomla! pada pelayan web sebenar anda, yang berada di Internet (bukan pada komputer anda). Kaedah pemasangan kali ini akan dipermudahkan dengan menggunakan Softaculous – iaitu perisian pemasangan automatik CMS kepada pelayan web anda. Sebelum itu anda perlu untuk mempunyai pelayan web yang boleh dicapai melalui Internet. Cara paling murah untuk mendapatkan perkhidmatan ini adalah dengan menyewa nama domain dan juga ruang storan.

LANGKAH 1: Mendapatkan nama domain dan ruang simpanan.

Langkah ini adalah paling kritikal dalam usaha anda untuk mempunyai laman web sendiri yang boleh dicapai oleh bakal klien anda dari seluruh dunia. Pemilihan nama domain (domain name) mestilah mempunyai kaitan dengan nama perniagaan atau sekurang-kurangnya ada kaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda berniaga import dan eksport kerepek bawang, maka nama domain yang paling baik adalah kerepekbawang.com . Namun sekiranya anda bercadang untuk mengembangkan kepada perniagaan pelbagai jenis kerepek, mungkin kerepek.com lebih sesuai. Pilih nama yang pendek dan mudah diingat, sekiranya perlu beli nama domain tersebut (penulis tidak akan membincangkan bagaimana untuk membeli nama domain daripada pihak ketiga).

Oleh kerana saya selalu menggunakan exabytes.com.my, dan saya sangat berpuas-hati dengan perkhidmatan penyedia web hosting tersebut, maka saya akan menulis panduan ini berdasarkan exabytes.com.my . Saya rasa tidak salah untuk saya mempromosi perkhidmatan kita tahu bagus.

Sekiranya anda mahu memulakan laman web yang hanya menyampaikan maklumat umum syarikat/ perniagaan atau sekadar blog peribadi, pakej persendirian sudah cukup. Tapi sekiranya anda memerlukan penyelesaian e-bisnes yang mana anda memerlukan transaksi elektronik maka saya cadangkan pakej bisnes. Dan sekiranya anda membangunkan sistem laman web untuk syarikat yang besar dan banyak transaksi berlaku setiap hari, mungkin anda perlukan pakej pelayan persendirian (dedicated server).

iklan hosting umum exabytes.com.my

Untuk tujuan demo kali ini, saya akan menggunakan pakej persendirian (personal). Untuk mendapatkan pakej persendirian, pergi ke http://exabytes.com.my , dan pilih Personal Hosting.

Melalui laman web utama Exabytes.com.my, pilih Web Hosting –> Personal Web Hosting, Rajah 1.

pilih menu hosting persendirianRajah 1

Rajah 2 memaparkan tiga pakej utama dalam Personal Hosting, iaitu EBiz Beginner, EBiz Home dan XStudent. Sila pilih pakej yang mempunyai beberapa subdomain, database MySQL yang lebih daripada satu, 5GB ruang simpanan sudah memadai untuk laman web asas yang tidak mengandungi fail-fail multimedia yang besar.

Sekiranya anda memerlukan pendaftaran pengguna untuk memasuki sistem forum anda (sebagai contoh), anda memerlukan pelayan SMTP yang membolehkan CMS anda menghantar emel pengesahan. Sekiranya tiada pelayan SMTP maka CMS anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

Dan pastikan pakej mengandungi “Pre-Installed Scripts” dan skrip Joomla! semestinya. Kaedah ini akan memudah dan mempercepatkan anda memasang Joomla! berbanding kaedah manual. Kaedah manual adalah anda perlu muat turun skrip Joomla! dari Joomla.org, kemudian ekstrak di komputer anda. Fail yang telah diekstrak perlu dimuat naik ke dalam pelayan anda melaui FTP (kalau rangkaian OK, hanya memerlukan 30min sahaja, kalu tidak mungkin lebih 1 jam). Selepas itu barulah anda boleh melakukan proses pemasangan Joomla! seperti dalam Tutorial 02: Pemasangan Joomla!1.7 pada Komputer anda. Berbanding dengan pemasangan melalui Softaculous atau Fantastico cuma memerlukan <10 min!

Klik “Order Now” untuk memilih pakej yang anda berkenan.

spesifikasi pelayan untuk pakej persendirianRajah 2

Demo ini mengandaikan yang anda tiada nama domain lagi. Pilih nama domain anda pada ruangan dalam Rajah 3. Boleh pilih untuk dapatkan .com / .net / etc… Sekiranya anda memerlukan .my, cas yang lebih akan dikenakan (biasanya .my lebih mahal).

 isikan nama domain pilihanRajah 3

Keputusan sama ada nama domain pilihan anda boleh digunakan atau sudah dipunyai oleh orang  lain dipaparkan pada Rajah 4. Sekiranya nama domain boleh anda punyai, akan ditanda dengan “Available”. Sekiranya sudah kepunyaan pihak lain, akan dipaparkan “Not Available”. Sekali lagi demo ini mengandaikan anda akan mendaftar domain yang belum dipunyai.

nama domain ada untuk anda punyaiRajah 4

Rajah 5 merupakan BIL tahunan/dwitahunan.

kitaran pembayaranRajah 5

Pilih untuk mengambil pakej tambahan “ID Protection”, Rajah 6. Seperti yang dinyatakan WHOIS (pertubuhan yang mendaftarkan domain dipunyai oleh siapa) akan memastikan empunya domain merekodkan data-data peribadi  (nama penuh, alamat rumah, no telefon, emel, dll) dalam sistem mereka. Data-data ini jika tidak dilindungi akan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ditakuti jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi dinasihatkan agar melabur sedikit untuk memastikan keselamatan data peribadi anda terjamin.

perlindungan keselamatan data peribadi WHOISRajah 6

Rajah 7 – jika ada kupon promosi, sila masukkan dan klik Checkout untuk proses maklumat pembayaran.

checkoutRajah 7

Rajah 8 – isi butiran diri/syarikat anda. Pilih kaedah pembayaran; kad kredit/kad debit, PayPal atau pembayaran melalui kaunter/ATM bank.

butiran data peribadi / syarikatRajah 8

Langkah-langkah seterusnya perlulah anda melakukan sendiri. Setelah selesai pendaftaran dan pembayaran, biasanya penyedia perkhidmatan web hosting memerlukan beberapa jam (kadang-kadang kurang daripada 1 jam) untuk menyediakan domain dan ruang storan laman web anda. Biasanya anda akan dibekalkan dengan maklumat capaian CPanel. FTP, pangkalan data, dll. Maklumat ini semua dihantar melalui emel yang anda daftar. Simpan emel tersebut untuk tujuan rujukan.

Maaf, terdapat maklumat sulit yang penulis tidak dapat paparkan. Sekiranya terdapat sebarang masalah sila hubungi penulis secara terus melalui http://blog.kerul.net/p/contact-me.html . Sekiranya anda tiada langsung idea tentang web hosting silakan berbincang dengan pakar. Jangan beli/sewa hosting yang mungkin tidak bersesuaian dengan keperluan sistem anda. Bagaimana hendak tahu sesuai atau tidak, sekali lagi sila berbincang dengan pakar. Sekiranya anda terus sahaja membeli yang murah tanpa menyedari bahawa spesifikasi yang dibekalkan tidak memenuhi keperluan sistem, anda juga yang akan rugi nanti. Tapi terdapat jaminan 100 hari pulangan wang sekiranya anda tidak berpuas-hati dengan servis mereka.

 

LANGKAH 2: Login ke CPanel.

CPanel adalah sistem papan muka (dashboard) bagi penyelenggaraan web hosting anda. Biasanya ia boleh dicapai melalui nama-domain-anda.com/cpanel . Melalui CPanel anda akan dapat mengubah password CPanel, FTP, menambah pangkalan data, menambah akaun emel, menambah sub-domain, mengetahui konfigurasi SMTP dan POP3 pelayan emel , dll.

Demo langkah seterusnya akan menggunakan alamat (nama domain) khirulnizam.com . Domain yang penulis sediakan khas untuk pengujian. Boleh dicapai melalui http//khirulnizam.com/cpanel . Masukkan Username dan Password (seperti yang dibekalkan dalam emel). Dan klik Login.

cpanel - loginRajah 9

Setelah berjaya mengakses CPanel, dapatkan kotak berikut “Software/Services”. Dan Klik pada butang image.

cpanel - softaculous ikonRajah 10

Klik butang Install pada Rajah 11, terus ke bahagian Portals/CMS dan pilih Joomla! 1.7.

Portal/CMS - Joomla! 1.7Rajah 11

Rajah 12 – konfigurasi pemasangan Joomla! ke dalam pelayan web. Pastikan nama folder dan nama database belum wujud. Sekiranya anda telah membina nama folder atau nama database sebelum ini, pastikan anda tukar dengan nama yang lain. Tukar katalaluan (untuk penyelenggara – admin) dan klik Install.

tetapan pemasangan joomla!  - pada softaculousRajah 12

Sekiranya tiada masalah (tak sepatutnya ada masalah pun). Mesej berikut (Rajah 13) akan dipaparkan. Klik pada pautan (link) alamat Joomla! dipasang. Dan anda akan melihat laman web anda kelihatan seperti Rajah 14.

 joomla! selesai dipasang - pada softaculousRajah 13

 joomla! sedia beraksi pada pelayan web andaRajah 14

Pemasangan berjaya diselesaikan. Sangat mudah bukan! Selamat berjaya.

LANGKAH 3: Penukaran templet.

Sabar, nantikan sedikit masa lagi…

 

Tutorial 06: Penukaran Templet.

Isi kandungan Panduan Joomla! 1.7

Tutorial 08: Penambahan Modul/ Komponen / Plug-ins.

***Terima kasih kepada FIRESHOT atas perkongsian perisian screen capture yang dibekalkan. Hebat perisian ini, sila download untuk Firefox anda.

Comments

  1. kalau server dah full running Joomla at root, bolehke kita create subdomain utk runing a normal html/php (dan seumpanya yg server suppport)? For this subdomain I tak nk pakai Joomla langsung, say nak pakai full flash coding, pluss a bit html macam yg biasa non CMS tu.

    ReplyDelete
  2. salam..

    sekadar ingin berkongsi maklumat.
    di sini saya ada me reka satu software khusus untuk web developer yang ingin menguji laman yang sedang anda bangunkan. software ini di beri nama "secawan Web Server ". Software ini free untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini
    http://itsegmen.blogspot.com/2013/01/web-server.html.

    Software ini sama tugasnya seperti xampp, wamp,lamp ,dan lain.

    Selamat mencuba

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Several English proverbs and the Malay pair

Or you could download here for the Malay proverbs app – https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kerul.peribahasa English proverbs and the Malay pair Corpus Reference: Amir Muslim, 2009. Peribahasa dan ungkapan Inggeris-Melayu. DBP, Kuala Lumpur http://books.google.com.my/books/about/Peribahasa_dan_ungkapan_Inggeris_Melayu.html?id=bgwwQwAACAAJ CTRL+F to search Proverbs in English Definition in English Similar Malay Proverbs Definition in Malay 1 Where there is a country, there are people. A country must have people. Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya. 2 Dry bread at home is better than roast meat home's the best hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. 3 There's no accounting for tastes We can't assume that every people have a same feel Kepala sama hitam hati lain-lain. Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabia

Contact Us at blog.kerul.net

Powered by EMF HTML Contact Form

WebDev

http://blog.kerul.net PHP DEVELOPMENT TOOLS Download the XAMPP latest version from www.apachefriends.org . This installation file contains the Apache web server, PHP 5 and 4 interpreter, and the MySQL 5 Community edition. - download latest version MozillaFireFox (OpenSource web browser firefox) – download latest version Google Chrome – fastest web browser on earcth – fast download chrome here TEACHING PLAN Download the teaching plan here for Web/Internet Programming ( download ) NOTES HTML references HTML Editor -  http://www.sublimetext.com/ Lab 1: HTML Basics -  http://www.w3schools.com/html/ Lab 2: Responsive Design:  http://www.w3schools.com/html/html_responsive.asp Lab 3: HTML Forms  http://www.w3schools.com/html/html_forms.asp Lab 4: HTML 5  http://www.w3schools.com/html/html5_intro.asp Lab 5: Bootstrap for responsive Web -  http://www.w3schools.com/bootstra

The Challenges of Handling Proverbs in Malay-English Machine Translation – a research paper

*This paper was presented in the 14th International Conference on Translation 2013 ( http://ppa14atf.usm.my/ ). 27 – 29 August 2013, Universiti Sains Malaysia, Penang. The PDF version is here: www.scribd.com/doc/163669571/Khirulnizam-The-Challenges-of-Automated-Detection-and-Translation-of-Malay-Proverb The test data is here: http://www.scribd.com/doc/163669588/Test-Data-for-the-Research-Paper-the-Challenges-of-Handling-Proverbs-in-Malay-English-Machine-Translation Khirulnizam Abd Rahman, Faculty of Information Science & Technology, KUIS Abstract: Proverb is a unique feature of Malay language in which a message or advice is not communicated indirectly through metaphoric phrases. However, the use of proverb will cause confusion or misinterpretation if one does not familiar with the phrases since they cannot be translated literally. This paper will discuss the process of automated filtering of Malay proverb in Malay text. The next process is translation. In machine translatio

PHP training

TRAINING on Web Database Development using PHP & MySQL Duration: 4 Days Fee: RM1100* perday (9am - 5pm), for maximum 10 participants Place: Client’s computer lab Facilities: provided by client. Material cost: bear by clients Content: to be discussed with the client **. Interested? Please email me at khirulnizam@gmail.com *Offer is valid until December 2008. Another 10% discount if training is held on weekend or holiday **Suggested content (any changes are most welcome) 1st Day 09.00-10.30 Introduction to Web Application Development Installation Break 11.00-12.30 Basic HTML and Forms Break 2.00-5.00 Intro to PHP (Syntax, Variable, Array, Operators dan Query String ) 2nd Day 09.00-10.30 Arithmetic Operators dan Boolean Expressions Break 11.00-12.30 Control Structures in PHP (Selection and Repetition) Break 2.00-5.00 SQL 3rd Day 09.00-10.30 Database Connection Record listing Break 11.00-12.30 Record Searching I