Skip to main content

Joomla!


(This page is dedicated for my current work to produce Joomla! 1.7 tutorial in Malay)

Halaman ini dikhaskan untuk melaporkan perkembangan penulisan panduan penggunaan Joomla! dalam bahasa Melayu. Harapnya tutorial pertama akan dipersembahkan kepada anda pada hujung minggu ini (24 Julai 2011). 

Mengikut perancangan asal, saya akan tumpukan kepada Joomla! versi 1.7 (versi stabil pertama), yang baru saja dikeluarkan pada 19 Julai 2011. Harap dapat bersabar dalam menunggu kesemua keluaran...

Ops! Artikel pertama dapat disiapkan pada 26 Julai, diikuti dengan artikel 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Nantikan artikel yang seterusnya dalam bentuk E-Book.
Sila komen untuk penambahbaikan.

Tutorial 01: Keperluan untuk Pemasangan Joomla! 1.7 pada Komputer anda.
Tutorial 02: Pemasangan Joomla!1.7 pada Komputer anda.
Tutorial 03: Penulisan Artikel Baru (siap, sila komen).
Tutorial 04: Kemaskini artikel untuk Memasukkan Gamba.
Tutorial 05: Menu untuk Menghubungkan Artikel.
Tutorial 06: Penukaran Templet.
Tutorial 07: Pemasangan Joomla! di Pelayan Web sebenar menggunakan Softaculous.
Tutorial 08: Penambahan Modul/ Komponen / Plug-ins.
Tutorial 09: Pengurusan Media.
Tutorial 10: Pertimbangan SEO dalam Laman Web Joomla!.
Tutorial 11: Pemasangan Blog.
Tutorial 12: Templet Mobile.
Tutorial 13: Pemasangan Galeri Gambar.
Tutorial 14: Pemasangan Portal E-Bisnes (Virtue-Mart).
Tutorial 15: Bagaimana mempromosi laman web menggunakan Enjin Pencarian dan Media Sosial.

Kepada yang berminat menaja usaha ini (dalam bentuk pengiklanan), sila hubungi saya melalui http://blog.kerul.net/p/contact-me.html . Paling tidak pun anda boleh komen di bawah, dan sila +1 sekiranya anda SUKA usaha ini. Terima kasih...

Perhatian: Untuk pengalaman yang terbaik, sila gunakan pelayar web Mozilla Firefox (klik di sini untuk muat turun - http://www.mozilla.com/firefox/). Jika anda menggunakan panel kawalan Joomla! dengan menggunakan pelayar lain (Chrome, Safari atau Internet Explorer), terdapat beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan sebaiknya.

Projek tutorial Joomla! 1.7 dalam bahasa Melayu dibawakan kepada anda oleh blog.kerul.net ...
Kata kunci: joomla 1.7, tutorial Joomla 1.7 melayu, tutorial melayu

APA ITU JOOMLA!


Joomla! adalah salah satu sistem pengurusan isi-kandungan berasaskan web yang popular. Dengan menggunakan Joomla! penyelenggara laman web dapat dibangunkan dan diselenggara dengan cepat dan lebih mudah. Sistem ini dapat mengelakkan pemilik atau penyelenggara laman web daripada membangunkan laman web secara pengkodan HTML yang agak teknikal dan susah dipelajari. Kini semua orang (hampir semua orang) boleh membangun dan menyelenggara laman web sendiri.

Sistem pengurusan isi-kandungan (CMS - content management system) laman web pula adalah sistem yang boleh membina dan mengemaskini laman web dengan lebih mudah dan teratur. Memandangkan ianya adalah sistem berasaskan web, semestinya ia memerlukan pelayan web* sebagai tempat simpanan skrip** pelayan dan klien dan juga segala fail gamabr, bunyi dan video laman web terbabit. Sistem ini bergantung sepenuhnya kepada pangkalan data*** untuk menyimpan maklumat laman web.
ilustrasi joomla - kerul

*Pelayan web – merupakan aplikasi yang menguruskan capaian klien kepada laman web. Aplikasi ini akan menyimpan fail-fail yang terlibat seperti skrip, HTML, gambar, animasi, video, bunyi, dan sebagainya dalam komputer pelayan. Dalam kes ini pelayan web Apache yang dikeluarkan oleh Apache Foundation digunakan. Boleh juga menggunakan Microsoft IIS sekiranya anda menggunakan persekitaran Microsoft Windows. 

**Skrip pelayan – Skrip pelayan merupakan skrip yang bertanggunagjawab untuk membuat capaian ke pangkalan data, memproses skrin output dan juga melakukan operasi berdasarkan peraturan yang diletakkan oleh pembangun CMS. Joomla! dibangunkan menggunakan skrin pelayan PHP.

**Skrip klien – Skrip ini bertujuan untuk mendapatkan pengalaman laman web dinamik yang ramah pengguna kepada pengguna Joomla!, sama ada pengunjung atau penyelenggara. Ini dapat dipehatikan daripada skrin pengguna dan penyelenggara yang interaktif. Joomla! menggunakan JavaScript untuk skrip pada klien.

***Pangkalan data – MySQL digunakan sebagai pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan semua maklumat laman web termasuk menu, isi kandungan dan perisian tambahan yang dipasang ke dalam Joomla!.
Apache, PHP dan MySQL dipilih oleh pembangun Joomla! kerana ia adalah perisian sumber terbuka. Joomla! juga dilesenkan sebagai sumber terbuka, jadi ia boleh diubahsuai tanpa persetujuan pembangun asal. Namun sebarang pengubah-suaian perlu disebarkan semula kepada pengguna lain.

PANDUAN JOOMLA! 1.7 - Bahasa Inggeris
Dicadangkan agar anda muat turun buku elektronik berikut secara PERCUMA!
http://cocoate.com/j17/pdf




Forum Joomla! dalam bahasa Melayu (sila tujukan kemusykilan anda di sini);





KEPERLUAN UNTUK MEMASANG JOOMLA!
LATAR BELAKANG JOOMLA!
PERBEZAAN ANTARA LAMAN WEB MENGGUNAKAN JOOMLA! DAN HTML

Popular posts from this blog

Several English proverbs and the Malay pair

Or you could download here for the Malay proverbs app – https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kerul.peribahasa English proverbs and the Malay pair Corpus Reference: Amir Muslim, 2009. Peribahasa dan ungkapan Inggeris-Melayu. DBP, Kuala Lumpur http://books.google.com.my/books/about/Peribahasa_dan_ungkapan_Inggeris_Melayu.html?id=bgwwQwAACAAJ CTRL+F to search Proverbs in English Definition in English Similar Malay Proverbs Definition in Malay 1 Where there is a country, there are people. A country must have people. Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya. 2 Dry bread at home is better than roast meat home's the best hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. 3 There's no accounting for tastes We can't assume that every people have a same feel Kepala sama hitam hati lain-lain. Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabia...

Contact Us at blog.kerul.net

Powered by EMF HTML Contact Form

WebDev

http://blog.kerul.net PHP DEVELOPMENT TOOLS Download the XAMPP latest version from www.apachefriends.org . This installation file contains the Apache web server, PHP 5 and 4 interpreter, and the MySQL 5 Community edition. - download latest version MozillaFireFox (OpenSource web browser firefox) – download latest version Google Chrome – fastest web browser on earcth – fast download chrome here TEACHING PLAN Download the teaching plan here for Web/Internet Programming ( download ) NOTES HTML references HTML Editor -  http://www.sublimetext.com/ Lab 1: HTML Basics -  http://www.w3schools.com/html/ Lab 2: Responsive Design:  http://www.w3schools.com/html/html_responsive.asp Lab 3: HTML Forms  http://www.w3schools.com/html/html_forms.asp Lab 4: HTML 5  http://www.w3schools.com/html/html5_intro.asp Lab 5: Bootstrap for responsive Web -  http...

Applications of Web 2.0

Web 2.0 describes the changing trends in the use of World Wide Web technology and web design that aim to enhance creativity , secure information sharing, collaboration and functionality of the web. Web 2.0 concepts have led to the development and evolution of web-based communities and hosted services , such as social-networking sites , video sharing sites , wikis , blogs . Find a website or web application that conform to the criteria of Web 2.0. Put the name of the application and the URL in the comment below. Please provide your full name and matrix number. Make sure the application you choose is not already chosen by your friend in the previous comment.

The Challenges of Handling Proverbs in Malay-English Machine Translation – a research paper

*This paper was presented in the 14th International Conference on Translation 2013 ( http://ppa14atf.usm.my/ ). 27 – 29 August 2013, Universiti Sains Malaysia, Penang. The PDF version is here: www.scribd.com/doc/163669571/Khirulnizam-The-Challenges-of-Automated-Detection-and-Translation-of-Malay-Proverb The test data is here: http://www.scribd.com/doc/163669588/Test-Data-for-the-Research-Paper-the-Challenges-of-Handling-Proverbs-in-Malay-English-Machine-Translation Khirulnizam Abd Rahman, Faculty of Information Science & Technology, KUIS Abstract: Proverb is a unique feature of Malay language in which a message or advice is not communicated indirectly through metaphoric phrases. However, the use of proverb will cause confusion or misinterpretation if one does not familiar with the phrases since they cannot be translated literally. This paper will discuss the process of automated filtering of Malay proverb in Malay text. The next process is translation. In machine translatio...